Wednesday, April 28, 2021

 



 



Edaran bubur lambuk oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) anjuran bersama Seksyen Pembangunan Insan MAIM dan Badan Sukarelawan Al Taqwa (BSAT) MAIM di Pejabat Agihan Zakat Daerah Melaka Tengah.

Dapat dimanfaatkan nikmat berbuka puasa dengan sumbangan bubur lambuk ini di bulan yang mulia ini.
Sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan
rahmat Allah S.W.T. di sepanjang bulan yang mulia ini.
Ingat, kita kekal patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kita jaga kita...
“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya serta untuk hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah : 60)





 


Serahan kit cenderahati kepada Hospital Jasin sebentar tadi. Sejumlah 150 kit cenderahati disampaikan oleh Ketua Seksyen Pembangunan Insan MAIM, Puan Arina Safurra binti Alim.

Serahan kit berkenaan akan disampaikan kepada pesakit-pesakit di hospital berkenaan.
Sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan
rahmat Allah S.W.T. di sepanjang bulan yang mulia ini.
Ingat, kita kekal patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kita jaga kita...
“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya serta untuk hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah : 60)


Tuesday, April 27, 2021


 SYARAT PERTANDINGAN SUDUT 

➢ Terbuka Kepada Semua Zon Eksa MAIM 

➢ Sudut bacaan yang dibangunkan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang dapat merangsang minat membaca 

➢ Sudut bacaan hendaklah dibangunkan dimana-mana sudut yang sesuai dalam lingkungan ruang pejabat 

➢ Pihak Urusetia tidak akan menanggung sebarang kos perbelanjaan untuk membangunkan sudut 

➢ Sudut yang dibangungkan hendaklah menggunakan bahan yang bersesuaian 

➢ Dilarang mempamerkan bahan bacaan terlarang seperti bahan-bahan berunsurkan seks,keganasan atau menyentuh sensiviti agama, maruah manamana individu/agama/kumpulan/institusi 

➢ Tempoh masa pembentangan adalah 10 minit bagi setiap zon ➢ Tempoh masa pertandingan: 13 April sehingga 26 April 2021 

➢ Tarikh sesi penilaian pada 27 & 28 April 2021. Jadual penilaian akan diberikan kemudian. 

➢ Tarikh Penyampaian hadiah pd 30 April 2021 @ 7 Mei 2021. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklukan kelak.

KRITERIA PERTANDINGAN SUDUT 

Menyediakan nama sudut secara kreatif 

✓ Ruang yang strategik dan kondusif 

✓ Ukuran ruang maksimum 6 Kaki tinggi x 4 kaki lebar 

✓ Mempamerkan sekurang-kurangnya 3 buah buku bahan bacaan termasuk 1 naskah Al-Quran yang diberikan 

✓ Minimum 3 keping gambar di muat naik ke dalam Facebook EKSA yang menunjukkan sudut bacaan dengan tagline yang menarik 

✓ Tulisan jawi perkataan “Al-Quran Corner EKSA”




Sumbangan kit makanan dan wang tunai kepada pesakit di Hospital Alor Gajah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi bin Mahmud.

Sebanyak 150 kit makanan disampaikan yang antara lain diisi dengan kurma, sejadah dan pelitup muka (facemask). Setiap penerima turut menerima wang tunai berjumlah RM 30.00.
Hadir sama, Setiausaha MAIM, Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim.
Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan
rahmat Allah S.W.T. di sepanjang bulan yang mulia ini.
Ingat, kita kekal patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kita jaga kita...
“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya serta untuk hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah : 60)


 


Setiausaha MAIM, Ybhg Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim menyampaikan sumbangan cek kepada badan dan pertubuhan kebajkan di negeri ini sebentar tadi.
Sebanyak 16 badan kebajikan menerima sumbangan cek berjumlah RM 2,000.00 yang antara lain membantu mereka melaksana dan melancarkan program ilmiah kepada penghuni sepanjang bulan Ramadhan ini.
1) Rumah Seri Kenangan Cheng.
2) Teduhan Kasih Melaka.
3) Sekolah Henry Gurney
4) Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh.
5) Penjara Sungai Udang.
6) Asrama Akhlak Bujit Baru.
7) Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz
😎 Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad
9) Pusat Rehabilitasi PERKESO
10) Pusat Serenti Tiang Dua (PUSPEN)
11) Pusat Serenti Tampin.
12) Pusat Integrasi Klien Jasin (AADK Jasin)
13) Pusat Jagaan Raudatus Sakinah.
14) Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan Jasin.
15) Pusat Pendidikan Austisme (NASOM)
16) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan
rahmat Allah S.W.T. di sepanjang bulan yang mulia ini.
Ingat, kita kekal patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kita jaga kita...
“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya serta untuk hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah : 60)


Monday, April 26, 2021

 







 












Friday, April 23, 2021

Selamat datang ke Zon Baitulmal

 



Zon Baitulmal





Zon Baitulmal
Majlis Agama Islam Melaka yang beralamat di A-7 &A-8 Bukit Baru One Square, Pusat Niaga Bukit Palah. Di bawah Zon Baitulmal terdapat 3 sub zon yang dikenali sebagai:

  • Sub Zon Ar-Rahmah (Aras Bawah)-                                                          diketuai En. Muhammad Azizol bin Mohd Sahimi
  • Sub Zon As-Sakinah (Aras Satu)-                                                            diketuai oleh En. Hairul bin Hamdan
  • Sub Zon Al-Mawaddah (Aras Dua)-                                                            diketuai Pn. Norwati binti Hj Sabudin

Perkhidmatan di Zon Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka adalah secara keseluruhannya adalah melaksanakan pengagihan kutipan zakat bagi pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kepada  golongan asnaf iaitu Fakir,Miskin,Muallaf,Ar-Riqab,Al-Gharimin dan Ibn Sabil sahaja. Manakala gaji dan kos pengurusan kakitangan di bahagian ini dibiayai melalui peruntukan asnaf amil.







 


Derma Atau Sumbangan Adalah Bersedekah Yang Boleh Meringankan Beban


Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah.

Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

Kedua: Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat.

Ketiga: Sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.

Keempat: Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.

“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.”

Kelima: Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).

Keenam: Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

Ketujuh: Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.

“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).

Sedekah adalah untuk membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau benda yang dimiliki.

Walaupun pemikiran kebanyakan umat Islam masih menghubungkaitkan sedekah dengan kebendaan, renungkan sepotong ayat Allah (yang juga ajaran Rasul yang wajib) berbunyi: “…tentang sedekah dan orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan tenaganya (usaha mereka)” (At Taubah - 79)

Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa.

Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. ‘Senyum itu adalah sedekah’ (maksud hadis).





















👍Hari Kedua "PROGRAM AGIHAN REZEKI"👍




 

Thursday, April 22, 2021


PROGRAM AGIHAN REZEKI BERBUKA PUASA

Al-Baqarah, 215


Dengan rezeki / wang / gaji yang kita terima tu, kemana harus dibelanjakan? Allah swt telah jelaskan dalam ayat ini. Yang paling utama adalah keluarga terlebih dahulu, iaitu ibu bapa, adik-beradik, isteri, anak-anak.

Masalahnya menjadi amalan kita apabila dapat rezeki, kawan-kawan yg bukan ahli keluarga yang diutamakan terlebih dahulu. Kita sering belanja kawan makan, sedangkan mak ayah tak cukup beli barang dapur di rumah, adik-adik kelaparan di kolej. Jadi, utamakan keluarga terlebih dahulu ya.
Kemudian selepas keluarga, rezeki itu bolehlah dikongsikan pada kaum kerabat lain, anak-anak yatim serta orang-orang yang berada dalam kesusahan. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara iaitu dengan infaq, waqaf, sedekah dan sebagainya. InsyaAllah moga alaman pahala kalian dalam berkongsi rezeki akan lebih berganda/ganda dan menjadi saham di akhirat kelak.








Wednesday, April 21, 2021

 





Berikut merupakan petikan khutbah Jumaat yang bertarihk 23 Ogos 2013 bersamaan 16 Syawal 1434H terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Khutbah Jumaat kali ini bertajuk Ziarah Ukhuwah.

            Amalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam, apatah lagi dalam bulan Syawal sempena dengan sambutan hari raya ini. Bahkan, Aidilfitri telah memberi peluang dan ruang yang luas untuk kita mempraktikkan ajaran Islam melalui konsep berkenal-kenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama muslim.

Perkara ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Bermaksud: “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.

Oleh yang demikian, amalan ziarah bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan sesama muslim, tetapi ke arah pembentukan semangat perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri. Keimanan seorang muslim itu mempunyai kaitan yang sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan dengan kasih sayang antara mereka.

Amalan ziarah dapat merapatkan hubungan yang telah renggang, mendekatkan yang jauh, mendamaikan antara individu yang bersengketa, mempertautkan kasih-sayang, mengikis perasaan benci dan menghilangkan segala hasad dengki. Walaupun demikian, sudah menjadi lumrah anak-anak dibiarkan oleh ibu bapa untuk menonton televisyen di rumah berbanding diajak bersama untuk menziarahi sanak saudara.

Sedangkan tindakan tersebut bukan sahaja menjauhkan anakanak kita daripada mengamalkan sunnah Nabi SAW, malah secara tidak langsung telah merenggangkan hubungan mereka dengan ahli keluarga yang lain. Bahkan menyebabkan anak-anak juga tidak memandang berat tentang hubungan kekeluargaan serta menyisihkan diri daripada bergaul dengan orang lain.

Dalam memenuhi tuntutan menziarahi, kita perlulah memelihara adab-adabnya agar pelaksanaan tuntutan itu sejajar dengan kehendak syariat. Antaranya:

Pertama:        Meletakkan niat ziarah kerana Allah SWT untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim tidak kira antara orang kaya ataupun miskin. Menghubungkan silaturrahim itu adalah satu tuntutan dan mempunyai banyak kelebihannya.

Dalam hadis riwayat al-bukhari daripada Anas bin Malik R.A berkata Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud:”Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturrahim”.

Kedua:           Memilih waktu yang sesuai untuk berziarah sama ada menziarahi orang sakit, jiran tetangga, adi-beradik atau sahabat handai.

Elakkan daripada mengunjungi pada awal pagi, pada waktu tengahari dan waktu tengah malam. Hal ini kerana pada kebiasaan waktu-waktu tersebut adalah waktu beristirehat atau persiapan untuk keperluan ahli keluarga.

Ketiga:           Apabila bertemu dengan tuan rumah, digalakkan untuk mendahului dengan mengucapkan salam dan seterusnya berjabat tangan dengan tuan rumah.

Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada al-Barra’ R.A, Rasulullah bersabda:

Bermaksud: “Tidaklah dari kalangan dua orang Islam yang bertemu, lalu berjabat  tangan bersalaman kecuali kedua-dua mereka diampunkan dosa sehingga sebelum mereka berpisah”.

Keempat:       Bertanya khabar dan tidak bercakap tentang perkara-perkara yang mencemarkan kesucian menyambut Aidilfitri sehingga menimbulkan rasa tidak senang pada orang yang dilawati.

Kelima:           Memelihara diri daripada perlakuan dan tindakan yang tidak baik sewaktu menziarahi kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu atau tidak disenangi oleh tuan rumah.

Keenam:         Elakkan daripada bersikap sombong, riya’, takabbur dan bongkak. Sewajarnya perasaan bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk kesenangan yang ada itu harus dielakkan supaya amalan ziarah tersebut tidak dicemari dengan sifat-sifat mazmumah.

Kesimpulan khutbah pada hari ini ialah:

Pertama:        Amalan ziarah menziarahi adalah amalan mulia yang sangat dituntut dalam Islam.

Kedua:     Amalan ziarah memberi peluang yang seluas-luasnya bagi merapatkan hubungan kekeluargaan serta persahabatan.

Ketiga:           Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya dekat dengan sanak-saudara mereka khususnya amalan ziarah-menziarahi.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan.”