Sunday, May 30, 2021
Wednesday, May 26, 2021
Gerhana bulan
Gerhana
bulan
Gerhana
bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi.
Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari,
bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.
Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang
relatif kepada nod orbitnya
5
Amalan Sunat Semasa Gerhana Bulan
Melakukan
dua kali khutbah selepas melaksanakan solat sunat gerhana.
Memperbanyakkan
doa kepada Allah memohon keselamatan dan menolak bala bencana.
Beristighfar
Bersedekah
Mengelakkan
diri daripada mempercayai sebarang khurafat, tahyul dan iktikad yang salah
mengenai kejadian gerhana. Rasulullah SAW membantah kepercayaan ini sewaktu
berlakunya gerhana berbetulan dengan wafatnya putera Baginda iaitu Ibrahim:
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan itu ialah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH, tidaklah keduanya bergerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya. Jika kalian melihat gerhana, maka berdoalah kepada ALLAH, bertakbir, laksanakan solat dan bersedekah.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1044)
Monday, May 24, 2021
Thursday, May 20, 2021
Doa Memulakan Kerja (Awal Pagi)
Doa Sebelum Memulakan Kerja (Awal Pagi)
بسم الله الرحمن الرحيم.......
الحَمْدُلِلّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ بِمَنِّهِ وَإِفْضَالِهِ وَيُدَافِعُ نِقَمَهُ بِعِزِّهِ وَجَلاَلِهِ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ بِحُسْنِ فِعَالِهِ . ألّلهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَتَابِعِيْهِ فِىْ أَقْوَالِهِ وَأَفْعَالِهِ
Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu mendapatkan seluruh kebaikan di sepanjang hari ini, dari awal pembukaannya, dengan petunjuk hidayah Mu. Kami mohon berlindung kepada Mu dari sebarang kejahatan yang terdapat pada hari ini, pada hari sebelumnya dan pada hari selepasnya.
ألّلهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا
وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الّتِىْ فِيْهَا مَعَاشُنَا
وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الّتِى إِلَيْهَا مَعَادُنَا
Ya Allah baikpulihkanlah pegangan agama kami, kerana agamalah yang menjadi kuasa pengawal segala urusan hidup kami. Perbaikkanlah segala urustadbir persoalan keduniaan kami, kerana di dalamnya kami menjalani kehidupan kami. Perbaikkanlah urustadbir urusan akhirat kami, kerana disanalah destinasi tempat kembali kami.
وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لَّنَا فِى كُلِّ خَيْرٍ
وَاجْعَلِ الموْت رَاحَةً لَّنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Jadikanlah penerusan kehidupan ini peluang penambahan segala kebaikan kami, dan kematian kami nanti sebagai detik ketika mendapat ketenangan dan kerehatan.
Ya Allah, jadikanlah perkhidmatan dan pekerjaan kami, termasuk dalam budaya kerja cemerlang, memenuhi ciri-ciri Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan, sebagai amalan soleh yang mendapat keberkatan dan keredaan Mu.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan menyeleweng sama ada penyelewengan masa, material dan tenaga sebaliknya jadikanlah kami sebagai orang yang memberi tumpuan kepada kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami kerana sesungguhnya kami amat takut kepada peringatan balasan Mu nanti terhadap orang-orang yang mengabaikan tanggungjawab.
رَبَّنَا آتِنَا فِىْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِىْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِناَ عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍوَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .
Tuesday, May 18, 2021
Puasa Sunat Isnin & Khamis
Huraian Hadith:
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;
"Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa"
(Riwayat At-Tirmizi)
Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab;
"Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku"
(Hadis riwayat Imam Muslim)
"Dibentangkan semua amalan dihadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang bepuasa"
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa;
"Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis"
(Riwayat Imam Tarmizi)
Kelebihan Puasa Isnin Dan Khamis
• Isnin dan Khamis merupakan hari amalan manusia diperiksa
• Ia adalah sunnah Nabi Rasulullah SAW dan mengamalkannya pasti mendapat ganjaran yang besar.
• Terbukanya pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis. "Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis, maka akan diampunkan semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan apa- apa, kecuali seseorang yang diantaranya berlaku permusuhan.
• "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat" Sabda baginda Rasullah SAW lagi : "Perut besar itu adalah sarang penyakit & banyak makan itu adalah punca segala penyakit".
• Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia nikmat Allah yang tidak terhingga.
• Mendidik nafsu amarah (yang lebih banyak mengajak kearah keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah & seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah ALLAH SWT.
• Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka.
• Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki & lain-lain lagi.
• Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
• Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam satu riwayat maksudnya : "Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya & teranglah hatinya".
Niat puasa isnin dan khamis adalah seperti dibawah:
نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu Sauma Yaumal Itsnaini Sunnatan Lillahi Taa’ala
Sahaja saya berniat puasa hari Isnin, sunnah kerana Allah ta’ala
نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu Sauma Yaumal khomiisi Sunnatan Lillahi Taa’ala
Sahaja saya berniat puasa hari Khamis, sunnah kerana Allah ta’ala
Sunday, May 16, 2021
Puasa 6 hari di bulan syawal
Nabi S.A.W bersabda;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Imam Muslim)
Hukum puasa enam
Di sana terdapat perselisihan antara mazhab feqah mengenai puasa enam. Ada yang mencadangkan supaya berpuasa enam dilaksanakan di penghujung bulan Syawal dan ada yang mencadangkan supaya ia dilakukan berpisah-pisah tidak berturut turut selama 6 hari.
Walau bagaimanapun Mazhab Syafie menghukumnya sebagai sunat sepanjang Syawal, sama ada berturut ataupun berpisah. Dalam permasalahan ini, Imam Nawawi R.A menyimpulkan di dalam syarahnya bagi Hadis Shahih Muslim mengatakan;
قال أصحابنا: والأفضل أن تصام الستة متوالية عقب يوم الفطر، فإن فرقها أو أخرها عن أوائل شوال إلى أواخره حصلت فضيلة المتابعة لأنه يصدق أنه أتبعه ستاً من شوال، قال العلماء : وإنما كان ذلك كصيام الدهر لأن الحسنة بعشر أمثالها، فرمضان بعشر أشهر والستة بشهرين
“Ulamak Mazhab Syafie menyatakan: Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Aidil Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, (misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal) atau melewatkannya hingga ke hujung bulan, maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi) kerana ia benar-benar berniat untuk menyambung enam hari di Bulan Syawal. Ulamak berkata: Dan amalan ini bersamaan berpuasa selama setahun kerana setiap kebaikan itu akan diganjari 10 kali ganda, maka puasa Ramadan bersamaan 10 bulan, dan 6 hari Syawal bersamaan 2 bulan.”
Menggabungkan niat dengan puasa qadha
Di sana juga terdapat perbincangan mengenai keharusan menggabungkan niat puasa qadha dengan enam hari di Bulan Syawal. Para ulamak ada menghuraikannya seperti Imam Bujairimi di dalam Hasyiah al Bujairimi, Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam Fatawa al Kubro, Imam Romli di dalam Fatawanya, dan banyak lagi.
Antaranya di dalam Hasyiah Syarqawi;
“Menurut Imam Syarqawi adalah sah menggabungkan puasa sunat 6 Syawal dengan puasa qada’ Ramadan tetapi seseorang itu tidak akan mendapat pahala penuh seperti jika seseorang itu berpuasa sunat 6 Syawal berasingan dengan puasa qada’. Ini kerana penggabungan dua puasa tersebut tidak bertepatan dengan Hadis yang menyebut:
“Kemudian dia mengikuti (selepas puasa Ramadan) dengan 6 hari di bulan Syawal.”
“Iaitu puasa sunat dan Nabi S.A.W tidak menyebut puasa sunat dan qada’ bahkan Baginda hanya menyebut puasa sunat.”
Kesimpulan daripada tulisan tulisan mereka mendapati bahawa puasa itu sah, iaitu dibolehkan untuk menggabungkan niat. Cuma yang lebih afdhal ialah mengasingkannya. Iaitu mengasingkan puasa enam dan puasa qadha.
Antara puasa qadha dan puasa enam mana dahulu?
Sekiranya seseorang itu ingin mengambil pandangan yang afdhal, perlulah mengutamakan puasa qadha dahulu sekiranya berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa keuzuran.
Sekiranya berbuka puasa pada bulan Ramadan disebabkan keuzuran, maka wajar didahulukan puasa enam hari Syawal kerana qadha puasa bagi orang yang berbuka disebabkan keuzuran bersifat muwassa’ (موسع) iaitu tempoh waktu yang panjang.
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyebut di dalam Bughyatut Tullab;
“(Dan demikian lagi) orang yang tiada puasa dengan uzur sunat dia berpuasa enam hari sunat Syawal melainkan orang yang berbuka puasa Ramadan dengan tiada uzur maka wajib ke atasnya menyegerakan menqadha Ramadan kerana makruh mengerjakan sunat orang yang ada padanya qadha Ramadan dengan tiada uzur maka wajib menyegerakan qadha dahulu.”
Kelebihan puasa enam
(1) Berpuasa selama setahun.
Sepertimana Hadis yang dinyatakan di awal tadi, dengan berpuasa enam menjadikan kesemua puasa Ramadan dan juga enam hari pada bulan Syawal menyamai puasa selama setahun;
Nabi S.A.W bersabda;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Imam Muslim)
Bahkan hal ini juga telah dihuraikan oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim yang telah dinyatakan tadi. Ganjaran berpuasa setahun adalah ganjaran yang luar biasa, apatah lagi dari sudut kemampuan umat akhir zaman.
(2) Pelengkap amalan fardhu.
Puasa enam merupakan puasa sunat yang mempunyai kelebihan yang besar. Kita sentiasa berharap agar amalan-amalan sunat kita boleh menjadi pelengkap kepada amalan-amalan fardhu yang terkurang, sepertimana Hadis Qudsi:
إنَّ أوَّلَ ما يحاسبُ النَّاسُ بِه يومَ القيامةِ من أعمالِهمُ الصَّلاة قالَ يقولُ ربُّنا جلَّ وعزَّ لملائِكتِه وَهوَ أعلمُ انظروا في صلاةِ عبدي أتمَّها أم نقصَها فإن كانت تامَّةً كتبت لَه تامَّةً وإن كانَ انتقصَ منها شيئًا قالَ انظُروا هل لعبدي من تطوُّعٍ فإن كانَ لَه تطوُّعٌ قالَ أتمُّوا لعبدي فريضتَه من تطوُّعِه ثمَّ تؤخذُ الأعمالُ علَى ذاكُم
“Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat. Baginda S.A.W bersabda, Allah S.W.T berfirman kepada para malaikat-Nya sedang Dia lebih mengetahui: Lihatlah pada solat hamba-Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih ada kurang? Sekiranya sudah sempurna, tulislah sempurna. Sekiranya masih ada kurang, FirmanNya: Lihatlah adakah ada pada hamba-Ku itu amalan-amalan sunat. Sekiranya ada, FirmanNya: Sempurnakanlah bagi hamba-Ku itu amalan fardhunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu.”
(Riwayat al Hakim)
(3) Menguatkan hubungan dengan Allah S.W.T:
Dalam satu Hadis Qudsi, Allah S.W.T berfirman;
وما تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبدي بِشيءٍ أحبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عليهِ، وما زالَ عَبدي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حتى أُحِبَّهُ، فإذا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الذي يسمعُ بهِ، و بَصَرَهُ الذي يُبْصِرُ بهِ، و يَدَهُ التي يَبْطِشُ بِها، و رِجْلَهُ التي يَمْشِي بِها، و إنْ سألَنِي لأُعْطِيَنَّهُ، ولَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لأُعِيذَنَّهُ
“Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri dengan beribadah) kepada-Ku dengan sesuatu, yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku-wajibkan kepadanya, dan senantiasalah hamba-Ku (konsisten) bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya; bila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang digunakannya untuk mendengar, dan penglihatannya yang digunakannya untuk melihat dan tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakannya untuk berjalan; jika dia meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberikannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti Aku akan melindunginya.”
(Riwayat al Bukhari)
(4) Diganjari syurga.
Sepertimana yang kita ketahui puasa itu meningkatkan daya takwa seseorang. Ketakwaan inilah menjadi laluan ke syurga sepertimana Firman-Nya;
وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ
“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk).”
(az Zumar: 73)
(5) Masuk syurga melalui pintu ar-Rayyan.
Syurga mempunyai beberapa pintu, pintu bagi mereka yang rajin berpuasa ialah pintu ar-Rayyan sepertimana Hadis Nabi S.A.W;
مَن أَنفَقَ زوجَينِ في سبيلِ اللهِ، نودِيَ من أبوابِ الجنةِ: يا عبدَ اللهِ هذا خيرٌ، فمَن كان من أهلِ الصلاةِ دُعِيَ من بابِ الصلاةِ، ومَن كان من أهلِ الجهادِ دُعِيَ من بابِ الجهادِ، ومَن كان من أهلِ الصيامِ دُعِيَ من بابِ الرَّيَّانِ، ومَن كان من أهلِ الصدقةِ دُعِيَ من بابِ الصدقةِ . قال أبو بكر رضي الله عنه : بأبي انت وأمي يا رسول الله ما على من دعي من تلك الأبواب من ضرورة ، فهل يدعى أحد من تلك الأبواب كلها؟ قال : نعم وأرجو تكون منهم.
“Sesiapa yang membelanjakan harta di jalan Allah, dia akan dipanggil daripada pintu syurga: Wahai hamba Allah ini adalah kebaikan untukmu. Sesiapa yang sentiasa mendirikan solat, dipanggil daripada pintu solat. Sesiapa yang berjihad, dipanggil daripada pintu jihad. Sesiapa yang berpuasa, dipanggil daripada pintu ar-Rayyan. Sesiapa yang bersedekah, dipanggil daripada pintu sedekah. Saidina Abu Bakar R.A berkata: Demi ibu dan ayahku wahai Rasulullah S.A.W. Mereka yang dipanggil daripada pintu-pintu tersebut tidak lagi memerlukan kepada apa-apa. Apakah akan ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu. Jawab Baginda S.A.W: Ada, aku mengharapkan engkau termasuk di kalangan mereka.”
(Muttafaqun Alaih)
Puasa enam norma baharu
Dalam suasana PKPB pada hari ini, amalan puasa enam ini sangat sesuai diamalkan dengan suasana kondusif dan lebih meriah. Berikut beberapa cadangan saya;
(a) Menetapkan jadual hari berpuasa pada hari Isnin, Khamis dan Hari Putih.
Hari Putih ialah pada 13, 14 dan 15 Syawal . Daripada Ibnu Milhan Al-Qoisiy, daripada ayahnya, beliau berkata;
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ . وَقَالَ هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
“Rasulullah S.A.W selalu memerintahkan kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriyah).” Dan Baginda bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.”
(Riwayat Abu Daud)
(b) Dilakukan oleh kesemua ahli keluarga sepertimana suasana Ramadan.
(c) Bersahur dan berbuka bersama ahli keluarga termasuk mendirikan solat fardhu berjamaah.
(d) Menggalakkan ahli keluarga yang berjauhan untuk berpuasa bersama-sama.
(e) Selain Isnin dan Khamis boleh diisi dengan puasa qadha bagi mereka yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan.
(f) Dari segi niat, puasa sunat boleh diniatkan sebelum Zohor. Berbeza dengan puasa fadhu.
Kesimpulan
Hakikatnya banyak lagi kelebihan berpuasa enam, atau kelebihan berpuasa itu sendiri. Sepertimana yang kita ketahui puasa itu membuahkan takwa. Imam al-Ghazali menghuraikan takwa di dalam Minhajul Abidin;
التقوى هو اجتناب كل ما تخاف منه ضررا في دينك، ألا ترى أنه يقال للمريض المحتمي إنه يتقي إذا اجتنب كل شيء يضره في بدنه من طعام أو شراب أو فاكهة أو غيرها
“Takwa itu ialah kamu menjauhi semua yang dikhuatiri akan merosakkan agama kamu. Tidakkah kamu melihat bahawa dikatakan kepada pesakit yang dijaga, supaya menjauhi semua perkara yang boleh memudaratkan badannya sama ada dari segi makanan, minuman buah-buahan ataupun selainnya.”
Semoga dengan puasa enam ini menjadikan diri kita sentiasa dilandasi dengan dasar takwa sehinggalah bertemu dengan Ramadan pada tahun depan, insya-Allah
Tuesday, May 11, 2021
Sunday, May 9, 2021
1 Syawal
2. Lafaz ucapan selamat pada hari
raya Aidilfitri
•Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’.
•Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
•“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271.
3. Meneruskan qiamullail
•Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.
•Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan
4. Mandi pada pagi hari raya