IFTAR
Iftar Ramadhan bermaksud makan untuk berbuka puasa, iaitu
apabila terbenamnya matahari pada bulan Ramadhan. Orang Melayu panggil berbuka
puasa. Iftar Ramadhan pun sama juga dengan berbuka puasa.
Tips & Sunnah Semasa Berbuka Puasa
1. Ambil Masa Untuk
Berdoa Sebelum Berbuka
Berdoa ketika menunggu waktu berbuka puasa
adalah mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa
ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.”
— Hadis Riwayat At Tirmidzi
Setelah penat seharian berpuasa, Allah
mengurniakan satu waktu mustajab untuk orang berpuasa
memanjatkan doa kepadaNya.
Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini
untuk berdoa apa-apa sahaja hajat kebaikan dunia dan akhirat.
Sangat rugi jika menghabiskan minit-minit
terakhir dengan hanya menghadap telefon masing-masing.
2. Menyegerakan
Berbuka Puasa
Rasulullah mengajarkan satu sunnah, iaitu tidak
melewat-lewat untuk berbuka puasa.
Berbuka puasa harus disegerakan.
Ini kerana, perbuatan menyegerakan berbuka puasa
sangat mendatangkan kebaikan.
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia
menyegerakan berbuka puasa.
— Bukhari & Muslim
Apa yang selalunya terjadi dalam rata-rata
masyarakat kita adalah, ketika masuknya waktu solat maghrib, mereka masih lagi
berada di bazar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka.
Penjual masih lagi melayan pelanggan tanpa terus
berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang.
Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur
menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema.
Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa
adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW.
Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah
amalan Yahudi dan Kristian.
Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadisnya
yang diriwayatkan oleh Abu Daud & Ibnu Majah yang sanadnya berstatus hasan
seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h yang bermaksud:
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya
menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka
melewat-lewatkannya.
3. Mula Berbuka Dengan
Beberapa Biji Kurma Dahulu
Antara sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah adalah
makan beberapa biji kurma basah dahulu ketika mula berbuka puasa.
Ini akan memudahkan kita bersolat dalam keadaan
tidak terlalu kenyang.
Selepas makan beberapa biji kurma, baginda terus
solat.
Rasulullah SAW akan makan makanan lain selepas
baginda selesai solat, dan terasa lapar.
Anas Bin Malik meriwayatkan seperti yang
dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi yang bermaksud:
Rasulullah apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan
beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda
berbuka dengan kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan
beberapa teguk air.
Ramai diantara kita sering meninggalkan sunnah
ini.
Kita selalunya berbuka puasa dengan makan dan
minum yang banyak sehingga kekenyangan sehingga melewatkan bersolat maghrib.
4. Minumlah Banyak Air
Jangan lupa untuk minum banyak air apabila
berbuka puasa.
Ini akan mengurangkan kita dari makan terlalu
banyak selepas itu kerana rasa lapar akan reda dengan penghidratan.
Selain itu, telanlah air secara perlahan-lahan
dengan ucapan alhamdulillah semasa ia melegakan diri kita.
Rasulullah bersabda:
Jangan minum terus menelan seperti unta, tetapi dalam dua atau
tiga (teguk). Menyebut nama Allah (Bismillah) apabila memulakan minum dan
memujiNya (Alhamdulillah) selepas telah selesai (minum)
— Hadis riwayat At-Tirmidzi
No comments:
Post a Comment