Tradisi malam tujuh likur menurut
perspektif Islam
USTAZ MUSTAFAR MOHD SUKI | | 27
Mei 2019
Memasang pelita pada 10 terakhir
Ramadan dengan tujuan sekadar memeriahkan rumah dan menambahkan keceriaan
adalah diharuskan. -GAMBAR HIASAN.
MENJELANG penghujung Ramadan,
menjadi tradisi masyarakat Melayu akan memasang lampu pelita.
Kebiasaannya pelita dipasang
semasa 10 malam terakhir Ramadan yang dipanggil sebagai malam tujuh likur oleh
kebanyakan mereka, lebih-lebih lagi pada 27 Ramadan.
Apakah amalan ini bercanggah
dengan apa yang dianjurkan dalam Islam?
Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW
sangat menganjurkan umatnya untuk menambahkan lagi ibadah pada 10 malam
terakhir bulan Ramadan.
Ia kerana pada salah satu malam
ganjilnya ada Lailatulqadar yang mana pahala bagi sesiapa melakukan ibadah
padanya lebih baik daripada 1,000 bulan.
Baginda SAW bersabda dalam hadis
riwayat Imam al-Bukhari: “Carilah Lailatulqadar di malam-malam ganjil pada 10
malam terakhir Ramadan.”
Imam al-Tabari dan Imam
al-Qurtubi ketika mentafsirkan Surah al-Qadr, mereka menyatakan, ibadah
lailatul al-Qadr lebih baik daripada 1,000 bulan.
Adapun, memasang pelita pada 10
terakhir Ramadan dengan tujuan sekadar memeriahkan rumah dan menambahkan keceriaan
adalah diharuskan.
Namun, jika dipasang dengan
iktikad tertentu seperti memudahkan malaikat masuk ke rumah atau memudahkan roh
si mati pulang ke rumah, maka ia tidak diharuskan.
Masyarakat perlulah memfokuskan
ibadah dan amal pada 10 terakhir Ramadan agar memperoleh lailatul al-Qadr.
***Ustaz Mustafar Mohd Suki
merupakan pendakwah bebas dan penulis.
Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/30055/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Tradisi-malam-tujuh-likur-menurut-perspektif-Islam
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment