Ziarah
([zia.rah] pinjaman Bahasa Arab: زيارة) adalah pengamalan dilakukan
sebahagian penganut kepercayaan dan agama dengan melakukan perjalanan atau
pencarian makna moral atau rohani di tempat dan lokasi yang khusus serta
penting dalam sejarah ajaran tersebut - baik sebagai tempat kelahiran atau
kematian seorang pengasas atau pengikut ataupun tempat "panggilan"
mereka atau kebangkitan rohani, atau hubungan mereka (visual atau lisan) dengan
sesuatu tuhan atau dewa, ke lokasi di mana mukjizat dikatakan telah dilakukan
atau disaksikan, atau lokasi di mana dewa dikatakan hidup atau
"ditempatkan", atau mana-mana tapak yang dilihat mempunyai kuasa
rohani yang istimewa.
Tapak-tapak tersebut boleh diperingati dengan kuil-kuil atau candi yang para penganut digalakkan untuk melawat untuk faedah rohani mereka sendiri: untuk disembuhkan atau mempunyai soalan yang perlu dijawab atau untuk mencapai manfaat rohani yang lain. Seseorang yang membuat perjalanan itu dipanggil sebagai penziarah.
Kelebihan amalan ziarah ini bagi tujuan mengeratkan silaturrahim seperti yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam sabdanya :
" Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allahakan menghantar Malaikat untuk mengintip perjalanannya.
Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu bertanya :
Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata, Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini.
Malaikat bertanya, Adakah bagi kamu apa-apa nikmat yang kamu akan dapat?
Lelaki itu menjawab,Tidak kerana aku menyayanginya kerana Allah.
Malaikat berkata: Sesungguhnya aku diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan Allah menyayangimu seperti mana kamu menyayangi saudaramu itu
( Riwayat Muslim )
No comments:
Post a Comment