Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala. Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah subhanAllahi wabihamdi Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,"Sukakah engkau(Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab)SubahanAllahi Wabihamdi(Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).
KELEBIHAN
#1
– Menghalau Syaitan
Syaitan
benci kepada manusia yang patuh kepada perintah Allah. Kerana itulah ia
sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Pelbagai hasutan dibisikkan supaya
manusia mendapat kemurkaan Allah.
Tatkala
seorang manusia berzikir, zikir yang dibacanya dengan serta-merta menjadi
pendinding diri. Syaitan menjadi lemah kerana manusia yang dihasutnya kini
sedang dalam kekuatan. Lalu, syaitan bertindak menjauhkan diri.
#2
– Allah Ingat Kepadanya
Sebagai
Pencipta dan Pemilik seluruh alam semesta, tentunya Allah suka kepada hambaNya
yang mengingatiNya.
Allah
berfirman yang bermaksud ;
“Maka
ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan
janganlah kamu ingkar kepadaKu.”
(Al-Baqarah:
152)
Jika
kita ingat kepada Allah semasa senang, Allah pasti akan mengingati kita semasa
sukar.
Cahaya
menerangi seluruh diri dan hidup sesiapa yang mengingati Allah. Apa yang
dipohon kepada Allah, insyaAllah akan dimakbulkan olehNya. Siapa yang berusaha
untuk dekat kepadaNya pasti mendapat apa yang dingininya.
“Aku
Bersama HambaKu Yang MengingatiKu.”
(Sahih
al-Bukhari)
#3
– Menanam Rasa Syukur
Zikir
menjadi asas rasa syukur kita kepada Allah S.W.T. Semakin banyak kita berzikir
bermaksud semakin banyak kesyukuran kita kepada Allah.
Lidah
yang basah kerana zikir terlepas dari mengatakan hal-hal yang tidak baik dan
merosakkan. Apa jua kerosakan yang berpunca dari lidah seperti menipu,
mengumpat dan memfitnah telah terhalang oleh kebiasaan berzikir.
#4
– Menambah Cinta Kepada Allah
Bila
kita cintakan seseorang, nama dan dirinya selalu disebut dan diingati. Perasaan
orang bercinta begitu indah sehingga sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
Begitulah juga bila kita bercinta dengan Allah. Semakin banyak kita berzikir,
semakin dekat Allah mengisi hati kita. Zikir menjadi kunci kita kepada pintu
cintaNya.
Perasaan
sedar akan kebesaran Allah inilah yang menjadikan kita umat Islam yang hebat
bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kita yakin Allah adalah satu-satunya di
hati kita, yang melindungi, yang membimbing, dan yang membahagiakan. KepadaNya
jualah tempat kita meletakkan sepenuh harapan.
#5
– Membersihkan Hati
Zikir
adalah ubat bagi semua penyakit hati. Hati yang kotor kembali suci dengan
zikir. Hati yang mati, hidup semula kerana mengingati Allah.
Seperti
kata Ibn Taymiyyah ;
Perlunya
zikir kepada hati sama seperti air diperlukan oleh seekor ikan. Maka, zikir ini
juga sering dikatakan sebagai makanan kepada hati dan jiwa.
Hamba
yang lalai dalam mengingati Allah, akan meletakkan hatinya dalam kejauhan dan
kekosongan. Ini kerana Allah bukan lagi menjadi keutamaan. Dirinya sentiasa
mencari sesuatu bagi mengisi hati yang sering kosong.
Hati
yang dikawal oleh zikir pula sudah dipenuhi dengan kasih dan sayang Allah. Ia
menjadikan pemiliknya mendapat nikmat yang tidak mampu dibeli walau dengan
seluruh kekayaan di dunia ini.
#6
– Membuang Kebimbangan
Dalam
kesukaran, tambahkan zikir.
Sebutlah
“Subhanallah”, “Alhamdulillah”, dan “Allahu Akhbar.”
Pujian,
kesyukuran dan mengingati kebesaran Allah ini akan melegakan hati dan minda
yang dilanda kebimbangan. Hanya Allah Yang Maha Kuasa Berkuasa di atas
segalanya. Apa yang berlaku hanya akan berlaku atas keizinan Allah SWT sahaja.
Maka pergantungan kita hanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui.
Lalu,
zikir menukar perasaan bimbang itu kepada ketenangan dan kegembiraan. Semua
ketakutan hilang serta-merta kerana keyakinan kepada Allah. Hati dan minda yang
tenang secara langsung menjadikan kita hamba yang kuat. Orang yang mempunyai
hati yang tenang pasti akan terpancar di wajahnya cahaya kebahagiaan.
#7
– Mendapat Kebaikan Di Dunia
Orang
yang sedang berzikir dkelilingi para malaikat. Hidupnya sentiasa dalam
keberkatan dari Allah. Zikir menimbulkan keseronokan untuk melakukan
ibadah-ibadah yang lain.
Segala
yang dilakukan di dunia mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Zikir
mengurangkan beban seseorang. Sebagai contoh, Fatimah R.A. mengadu kepada Rasulullah
kerana keletihan melakukan tugasan hariannya.
Rasulullah
menasihatkan Fatimah R.A agar berzikir ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, dan
‘Allahu Akhbar’.
#8
– Mendapat Ganjaran Dari Allah
Walaupun
zikir amat mudah dilakukan, namun ganjarannya begitu besar. Allah memberi
keampunan dan pahala buat hamba yang berzikir kepadaNya. Dirinya seperti berada
di dalam taman syurga di mana kebaikan mengelilingi dirinya. Zikir menjadi
sumber pahala buat diri mereka yang mengamalkannya.
Sekumpulan
orang miskin bertemu Rasulullah mengadu tentang pahala yang lebih besar bagi
mereka yang kaya dan berharta kerana kemampuan mereka. Mereka mengadu,
“Orang-orang kaya bersolat dan berpuasa seperti kami tapi mereka melebihi kami
dalam mengerjakan haji dan umrah, dan berjihad dengan harta mereka.” Rasulullah
kemudian menasihatkan mereka untuk mengucapkan ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’,
‘Allahu Akhbar’ setiap kali selepas solat.
(Sahih
Bukhari)
Ini
menunjukkan yang kepentingan berzikir telah menyamai pelbagai bentuk ibadat seperti
umrah, haji, jihad dan sebagainya.
#9
– Mendapat Kebaikan Akhirat
Dalam
kesunyian malam, bibir mengucapkan zikir diiringi air mata. Kebaikan akhirat
pastinya impian bagi semua umat Islam. Zikir menjadi cahaya bukan sahaja semasa
hidup, malah cahayanya turut menerangi kuburnya kelak.
Di
akhirat kelak, zikir juga memberi manfaat kepada yang sentiasa melakukannya.
Zikir boleh menyelamatkan diri daripada api neraka yang amat menyeksakan.
Orang
yang bertakwa menyibukkan dirinya dengan zikir. Dalam duduk, berdiri, berjalan
dan baringnya sentiasa ada Allah. Dunia menjadi saksi amalannya. Dan pastinya
tempat mereka yang bertakwa adalah syurga Allah.
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in Ginger